!~..tag..~!  

Posted by: !~...aneys...~! in

huk2 ni 1st tymm aku nk jawab tag...best ke benda aLah ni..??jom kite cuba..hehe.. :)
tag ni datangnye dr sahabat yg aku sgt sayang,,paLing rapat ngn aku kt bLog ni..huhu..
maaf ye sha sbb Lambat..

A)Letakkan Lencana yang teLah disediakan di bLog
~~saya jugak xpaham soaLan ni,,cik aisha..~!hehe=D

B)Ceritakan tentang pemberi anugerah dan buat pautan
~~saya n cik aisha kenal sekitar tahun 2008 kot..aku pon da ingt2 lupe la..hehe...
da Lame berminat nk kenaL ngn dye,,tp ade rase xbrani..huhu..nape xbrani..??tahLa,,myb sbb "aLasan" saya nk berkenaLan ngn dye kot..hehe..
1 day ade sorg membe ckp dye jugak begitu,,nk kenaL ngn saya tp segan..
tanpa berLengah saya terus add dye kt friendster..then kami merapatkn diri meLaLui YM...id YM aisha saya amik ngn membe yg d katakn td La..
Lpas saLu borak pkai YM,,saya rase berkawan ngn iasha sgt menarik..??jgn tanya kenapa,,sbb stiap org ada keLebihan tersendiri..(",)
march 08,,kami berjumpa buat pertama kaLi..kt KB,,sgt manarik..hehe..

ni gambar mase pertemuan pertama kami..(",)

then,,kami berjumpa lagi mase cik aisha g ke dungun,,saje tuk jumpe 'adik' katenye..kn sha..??

ni gamba kami masa jupe 2nd tymm(",)

then baru2 ni kami jumpe lg tuk kali ke 3,,bertempat d Universiti Inn,,UUM..ingat tuh,,Universiti Inn tao sha..~!hehe..=D tp ms tuh xsempat nk snap pic,,sbb kami jupe pon beberapa jam je..tuh pon da mLm n kenangan tuh sgt keLakar biLe d pk balik..~!muahahha
anyway,,bg saya,,saya arap frenship kami kekal sampai bile2..sbb kami kawan bukan tymm senang saja..dye banyak tulun saya..
sayang kamoo,,sha..~!

C)Nyatakan 10 hobi /fakta tentang diri sendiri

1. suke nanges
2. suke berangan,,pk yg bukan2 yg bole menyebabkn saya nanges..~!(mencinye..~!)
3. suke makan,,wLopon mkn xbyk..
4. suke tdo..~!(especiaLLy biLe ade org kt sbeLa..)
5. saya suda xsetia..~!
6. suka dgr Lagu jiwang gak,,
7. xsuka makan tanpa teman
8. saya xnormaL..~!benci..~!
9. degiL..~!
10. sbenanye,,kdg2 saya rase sy xpaham diri sendiri pon..hurm..=(

D)Seperti biasa, tag orang lain pula
1. makk,,
2. mira syamim
3. aien-izzah
4.adib
5. tahLa..
6. kene cukupkn 10 ke ni..??
7. xramai membe kt bLog la...hehe
8.................
9. bLur da..
10. si dia,,tp sy tao si dia xkn sudi..kn..??

!~..teori evoLusi cinta..~!  

Posted by: !~...aneys...~! in ,

“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur.

Keras bunyinya.

Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun. Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera.

Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.
BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:


“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.

Hijab itu tafsirannya luas.

Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.


Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya.

Iaitulah soal HATI!



Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik. Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut.

Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu.

Tubuh kamu tidak menampakkan calar.

Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu.

Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!


Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembah teori evolusi cinta.

**catatan penulis : aku sgt takot,,aku takot aku akan membuai perasaan LeLaki... aku takot aku menjadi sebab keLaLaian LeLaki...aku takot aku menjadi sebab kepada dosa LeLaki..
tp sebenarnya aku sendiri adakaLanya LaLai kerana LeLaki...HANYA SEORANG LELAKI..~!aku xtao nape aku sering d buai mimpi indah memikirkan dye...inginku hentikan rasa itu...kerana rasa tuh xsepatotnye aku rasa skng..dye bukan suami aku..~!
satu ari,,aku terus terang kt dye,,ttg perasaan aku...adakah cara aku betoL..??aku xtao...
ermm,,skng nih,,aku rindu dye,,tp dye xperLu tao...biarLah rasa ni aku simpan d tmpat paLing daLam d ati aku...bersama doa,,semoga suatu ari terbuka jodohku...da rasa ini adaLah tuk org yg sepatotnya...



!~..saLam mauLidur RasuL..~!  

Posted by: !~...aneys...~! in ,


!~..bersihkan rohani,,jasmani..~!  

Posted by: !~...aneys...~! in ,

manusia gemar kepada kebersihan,,kesucian dan kesuburan...pakaian kotor dibersihkan,,kenderaan berdebu d cuci,,maLah kediaman yg keLihatan kian suram d ceriakan dgn sentuhan baru spt cat & perabot baru...

Diri manusia Lebih2 Lagi memerLukan usaha penyucian,,kerana sekiranya dibiar,,tidak d rawat & disuburkan,,kekotoran yg meLekat pd diri menjadi makin degiL dan sukar d bersihkan...

Sebab itu ada manusia yg bersifat dengki khianat,,makin menjadi2 sifat buruknya,,yg bertabiat jahat spt mencuri juga semakin menjadi2...

Jika keburukan itu tidak d rawat segera & tidak d bersihkan sebaiknya kemungkinan besar diri akan terus bergeLumang dgn kekotoran sehingga berpenghujung dgn kemusnahan..~!

Tetapi usaha penyucian ini tidak sempurna jika tidak d sertai dgn usaha pengisian & perhiasan diri manusia iaitu sifat yg baik Lagi terpuji...sejauh mana amaLan itu d Laksanakan dgn sempurna,,sejauh ituLah kesan daLam usaha penyuicannya sama ada ketika berusaha membuang sifat terceLa atau memasukkan sifat terpuji...



!~..heart of isLam..~!

!~.....MasIh Ada WakTu....~!
 

Posted by: !~...aneys...~! in ,

Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

!~...epiLog seorang hamba...~!
 

Posted by: !~...aneys...~! in ,

Bila mentari bersinar terang
Terpancar cahaya suria
Memuji keagungan Tuhan pencipta
Menginsafi kedhaifan
Bila mentari menghilang diri
Terbit pula kenangan lalu
Tertunduk ku pasrah sedih ku
Menyepi
Hanyut dalam arus berliku

Oh Tuhanku Yang Esa
Ampunilah hambamu
Berikanlah ku kekuatan
Mengharungi mehnah Mu
Ku pohon restu hidayah dariMu
Rahmatilah hidup ku
Terimalah oh taubat ku
Penghapus segala dosa ku
Deruan ombak
Menghempas pantai
Bergelora dipukul badai
Himpunan buih di tepian
Ia tidak berkekalan
Begitulah hidup manusia

Dengan nama ALLAH,,aku memuLakan..~!  

Posted by: !~...aneys...~! in

BismiLLah...
Tiada apa yang istimewa,,hanya memerLukan sedikit ruang untuk berkongsi apa yang dirasa,,mungkin..~!
Mungkin juga memerLukan pandangan dan nasihat untuk jaLan yang bakaL d LaLui...
Moga aku tidak terpesong Lagi...
DoakanLah...
Moga Langkah yang baru ini ada manfaatnya untuk semua...aminn..

"Andai diumpamakn Islam spt sbuah bangunan usang yg hampir roboh, mk aku akn berjln k sluruh plosok dunia mncari jiwa2 muda. Ku x ingin mengutip ramainy bilangn mrk ttp aku ingin haT2 yg ikhlas membinaku n brsama membina kembali bangunn usang itu menjd sbuah bangunan y tersengam indah." (As-Syahid Imam Hasan Al-Banna)

Selamat kembali..NURUL AWANIS..semoga Allah tetapkan hatimu..ma'a taufiq wa najah..